Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Posted: Tue Aug 21, 2007 12:13 pm Post subject: :::syauqahwardah:::
sekeping hati..
sering kali berbicara sendiri
menjadi sahabat dalam diri
pemberian yg paling berharga dr ilahi
namun..
hati itu cukup rapuh
dek kerna dosa yg bersarang
punah dinodai gelap kejahilan
bila "nur" hadir
secebis kilauannya
sudah cukup menjadi penawar
menyuburkan yg telah layu
menghidupkan yg telah mati
tika itu..
air mata menjadi peneman
tiap kali iman dipertahan
kerna acap kali perjuangannya diuji ilahi
utk kesekian kalinya
hati itu terus berbicara..
~jadilah seperti golongan Muttaqin yang setiap detik bibir basah dengan asma' Ilahi, hati jernih mengagung Ilahi, jiwa rindu bertemu rabbi, hidup dan mati dalam mahabbatullah yang hakiki.~
~jadilah seperti golongan Muttaqin yang setiap detik bibir basah dengan asma' Ilahi, hati jernih mengagung Ilahi, jiwa rindu bertemu rabbi, hidup dan mati dalam mahabbatullah yang hakiki.~
banyak orang sekang sekadar menghiasi diri tidak pada peribadi _________________ <a href="http://darulbayan.freephpnuke.org" target="_blank">http://darulbayan.freephpnuke.org/
</a>
perhiasan diri semata tidak mencerminkan hiasan peribadi.... banyak orang menyembunyi keburukan peribadi disebalik perhiasan diri... zaman serba moden nih macam2 karektor manusia wujud..diri nampak bagus padahal peribadi buruk.. komputer pun leh hidden file.. nih kan pulak peribadi yang dah memang hidden.. hehe.. bijaklah menilai seseorang tidak hanya pada perhiasan diri.. kenali diri itu insyaAllah kita akan kenali peribadinya... tak kenal maka tak cinta..
Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...
"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."
Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;
"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."
Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...
"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."
Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.
"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya.Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu!Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."
Adik masih x puas ati.
"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"
Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini!
"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya
runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."
Adik garu2 kepala.
"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???"
Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri.
"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya... pd akhlaknya...
Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg mereka th hak ALLAH.Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim.
Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga.
Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan...
Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.
Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir.
Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah
tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok sifatnya... sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak."
Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??
Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga!
Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga? Wallahu'alam.
~Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih.Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang.Tapi....bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaran Allah S.W.T~
hari nie terasa badan cukup lemah..mybe diserang demam..segala pergerakan pun terasa lembab..sukar utk melakukan satu apa pun kerja..kerna tak terdaya..jika ini kafarah dr dosa2 lalu..ana redho dgn ujian sakit ini..mudah2an diampunkan segala dosa2 lalu..duduk begini membuat ana terpikir tntg sesuatu..lama dah rsenya nk di coretkan sebagai renungan buat kita semua..kesal berbau sedih..tentu semua kenal dgn friendster?? sekelip mata sahaja boleh menjalinkan ukhwah di seluruh dunia nie..ajaib kan?? namun itulah hakikatnya dunia sekarang..segala-galanya terletak dihujung jari..namun dlm kebaikan terselit keburukkan..cukupla ana bawak pasal fs sahaja..tentu semua kenal..atau sudah ada yg mendaftarnya sebagai ahli..ana sendiri pun pernah juga mempunyai friendster suatu mase dlu..ana nie bukanlah pakar it pun..itupun akak ana yg buatkan disebabkan nk tahu perkembangan ana di perantauan..tuela sebabnya ana tahu tntg friendster.jika ada yg gunakannya sebaiknya..alhamdulillah.bukan niat nk jatuhkan mne2 laman web tpi sekadar renungan bersama..bertambah kesal bila ana lihat majoritinya mengesploitasikan diri sendiri..apa yg ana boleh katakan..mncari publisiti murahan..terutama golongan hawa sendiri..sedih bila tgok dgn tanpa rse malu dan segan silunya meletakkan gambar mereka di situ..terlalu murahkah harga diri seorang wanita?? wajah dan bentuk tubuhnya dipertontonkan..lagi pilu bila ana baca statusnya adalah mereka yg bersekolah agama..dimana perginya hijab malu mereka??? dimana letakkan maruah dan harga diri mereka?? begitu mudah gambar2 mereka dilihat oleh lawan sejenis mereka dan ada sebahagiannya pula terselit gambar2 yg tidak sepatutnya..meletakkan gambar bersama yg tersayang tanpa belum ada ikatan yg sah lagi..megah agaknya melakukannya..di perlihatkan kepada umum pasangan mereka..sesungguhnya wanita yg baik itu..dia tidak melihat kepada org lain dan org lain jugk tidak melihat kepadanya..jagalah status kita sebagai org yg beragama islam..sebahagiannya pula berpurdah..tidak salah meletakkan gambar utk tatapan keluarga..namun kan lebih elok jika gmbar itu diprivate kan..ada jugak yg berangapan mereka sudah cukup menutup aurat dgn bertudung labuh malah berpurdah..jdi apa salahnya meletakkan gambar mereka..sedangkan mereka menutup aurat..jika ada yg berfikiran seperti itu..ana beribu-ribu bahkan berjuta-juta kali kesal dgn jawapan sedemikian..bukankah pada diri wanita itu pun sudah dikira aurat..sehingga rasulullah s.a.w sendiri bersabda salah satu fitnah yg terbesar dimuka bumi ini adalah berpunca dr kaum wanita..sedarilah hakikat ini..pergunakan lah fs dgn sebaiknya..nmpak cukup kecil apa yg ana perkatakan ini.tapi impaknya cukup besar..bimbang yg dipandang kecil pd mata manusia itu adalah besar kemurkaanNya di sisi Allah.
Dulu ana pernah buat satu blog pakai tapak frenster...
mula2 semangat gak post artikel...
tapi masalahnya..bile letak block utk review my friends.,.
ia akan keluar mcm2 manusia ada...
ada kwan kita....kalu yg Islam ok lah...
ni yg bukan Islam, tak menutup aurat..seksi dll keluar jugak...
rosaklah blog kita ..blog cakap bab Islam, sebelah kolum ada mcm2 freinds yg bukan Islam dll...
sebab tu...ana tinggalkan terus friendster...
buat blog pakai blogger ....
aperpon..ana setuju dengan syauqahwardah ..
teguran buat kaum hawa dan kaum adam juga..buat kaum adam, jgnlah ambil kesempatan melebarkan dunia persahabatan dengan kaum hawa dalam erti kata bermudah2....bimbang akan merosakkan identiti muslim yg memang sebenarnya..diwujudkan mende2 ini dengan tujuan merosakkan ummat Islam tanpa kita sedari....
SyafakiLLAH..moga sentiasa dalam naungan dan jagaa Allah...
ana pun dulu ada fs..tpi org lain yg daftarkan..pastue ana sndiri block fs tue..tah cmne tah ana buat..mase tue nekad nak block..seb bek menjadi..tue pun ana try2..konon2 pakar sgtla tue nk block sndiri..tunggu seminggu dua..ada org tnye psl fs ana..sbb ada yg cari2 tak jumpa..hihi..so misi menjadila mse tue..
bg hawa..pergunakanlah fs tue sebaiknya..jaga2 maruah diri..hijab bukan sekadar tudung..tutuplah diri dr pandangan adam yg bukan suamimu..bagi adam pulk..jgn nk skodeng2 anak dara org..(",)same2la kite pelihara..kalo guna cara baik..jadi baikla..kalo tak pandai guna cara baik..buruk la pulk jadinya..so hati2 dan waspada..cam internet nie..macam2 ada..sumenya dihujung jari..ats kita la nk gunakannya cmne.contoh cm laman nie..baguih2 teruskan..berfikir dan menulis utk islam.
~Dalam kesakitan teruji kesabaran, dalam perjuangan teruji keikhlasan. Dalam ukhwah teruji ketulusan, dalam tawakal teruji keyakinan hidup. Amat Indah jika segalanya kerana Allah~
Last edited by syauqahwardah on Sun Jun 14, 2009 2:31 am; edited 1 time in total
hehe..tergelak baca post syauqah wardah..apapun..kita sokong..bila kita guna cara baik..insya Allah..natijah nya juga baik..kalau tidak..maka tentunya jawabnya tidak jugak..
Joined: Aug 20, 2007 Posts: 42 Location: Di Hadapan Florent Malouda
Posted: Fri Aug 31, 2007 10:18 pm Post subject:
Tak silap ana,Tun Dr Mahathir ada kata: "Pisau kalau diguna secara betul,boleh buat potong sayur,potong daging.Bila diguna secara salah,boleh bunuh orang"
Macam tu jugak internet ni.Friendster ke,My Space ke..Kalau ada,kita gunakan saja dgn betul.Cara betulnya,rapatkan ukhuwah,boleh discuss dalam forum (dalam fs banyak forum oo,Pas ade,UMNo ade,Usrah ade.Ana balun je semua.Boleh tukar2 pendapat),dan boleh post2 buletin berfaedah spt mempromote laman nih..Hehe~
Tapi kalo buat blog kat Fs,xramai yang baca.Sebab tu ana bukak blog sendiri. _________________ http://ibnuzack.blogspot.com/
You cannot post new topics in this forum You cannot reply to topics in this forum You cannot edit your posts in this forum You cannot delete your posts in this forum You cannot vote in polls in this forum