 |
|
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
|
|  |
Raudhotuz-Zahra writes "Bismillahirrahmanirrahim...
Teringat pada kata-kata (boleh dianggap peringatan) seorang teman "assolatu 'ala waqtiha", benar, bukan mudah untuk melaksanakan ibadah solat di awal waktu tetapi yang payah itulah selalunya terdapat banyak kelebihan. Kita selalu mengutamakan hal-hal keduniaan terlebih dahulu tanpa disedari yang hendak dibawa ke akhirat berciciran. Andai ada kerja sekolah yang perlu dibuat, pasti akan diusaikan terlebih dahulu kemudian baru mendirikan tiang agama...atau mungkin ada cerita yang menarik pasti akan bertangguh-tangguh solatnya hingga ke akhir waktu..atau mungkin telefon berdering di awal waktu solat, pasti kita terkejar-kejar menjawab panggilan teman berbanding menyahut panggilan Ilahi (kawan ni pun tak pandai menghormati waktu solat)..Pelik ye, kenapa kita sering memenuhi tuntutan dunia yang jelas tidak membawa apa-apa erti, risau juga tidak cukup hasil untuk kita menuai di akhirat kelak...
"
|
abuhabeeb writes "
SYI'AH... hampir semua orang Islam pernah mendengarnya walaupun ramai yang pastinya tidak mengetahui tentang hakikatnya sebenarnya. Ada yang mudah mengaitkannya dengan Iran atau pemimpin-pemimpinnya seperti Ayatullah Khomeini yang menarik semua tumpuan dunia ketika itu ke negara yang disebut sebagai Parsi ini. Atau generasi hari ini yang lebih mengenali Mahmoud Ahmadinejad yang juga tegas dan lantang terhadap Barat, mewarisi kepimpinan Revolusi Iran terdahulu.
"
|
Raudhotuz-Zahra writes "Bismillahirrahmanirrahim...
Teringat pada kata-kata (boleh dianggap peringatan) seorang teman "assolatu 'ala waqtiha", benar, bukan mudah untuk melaksanakan ibadah solat di awal waktu tetapi yang payah itulah selalunya terdapat banyak kelebihan. Kita selalu mengutamakan hal-hal keduniaan terlebih dahulu tanpa disedari yang hendak dibawa ke akhirat berciciran. Andai ada kerja sekolah yang perlu dibuat, pasti akan diusaikan terlebih dahulu kemudian baru mendirikan tiang agama...atau mungkin ada cerita yang menarik pasti akan bertangguh-tangguh solatnya hingga ke akhir waktu..atau mungkin telefon berdering di awal waktu solat, pasti kita terkejar-kejar menjawab panggilan teman berbanding menyahut panggilan Ilahi (kawan ni pun tak pandai menghormati waktu solat)..Pelik ye, kenapa kita sering memenuhi tuntutan dunia yang jelas tidak membawa apa-apa erti, risau juga tidak cukup hasil untuk kita menuai di akhirat kelak...
"
|
abuhabeeb writes "
.....Adapun hadith: "Barangsiapa bercelak padanya nescaya dia tidak sakit mata pada tahun itu, dan sesiapa yang mandi padanya nescaya tidak jatuh sakit" adalah hadith Maudhu'. Al-Hakim menjelaskan bahawa bercelak padanya adalah bid'ah. Berkata Ibn al-Qayyim: Hadith bercelak, memasak biji-bijian, berminyak dan berwangi-wangian pada hari 'Asyura' adalah dari rekaan para pendusta.
"
|
|
anak-anak siapakah ini...?!
|
|
abuhabeeb writes "
Agak susah nak mengenal pasti anak fulan mana atau fulanah mana?
Tapi tidak susah untuk memastikan mereka ini adalah anak-anak Melayu, anak-anak orang Islam dan anak-anak Malaysia.
Memang bercampur baur perasaan marah, geram, mual, takut dan sedih melihat gelagat mereka ini. Masa kan tidak? Mereka ini bukan 'orang lain' kepada kita. Fenomena ini bukan berlaku di New York, London, Hong Kong, Paris atau di mana-mana bandaraya Barat.
Ia berlaku pada malam Sambutan Tahun Baru Masehi 2008 serentak dengan Sambutan Perisytiharan Bandaraya Kuala Terengganu.
Ya! Di Terengganu Darul Iman. TERENGGANU BESTARI ISLAM HADHARI...!
Mari kita ucapkan "inna lillahi wa inna ilaihi roji'un".
"
|
|
Apa Erti Saya Menganut Islam?
|
|
Oleh Abu Saif January 1, 2008 @ 12:50 pm
"Apa erti saya menganut Islam?", tidakkah soalan itu soalan yang tidak patut ditanya?
Tidak
masuk akal untuk seseorang itu menjadi Muslim tetapi belum pernah
memikirkan erti keIslamannya. Memilih sesuatu tanpa mengetahui apa yang
dipilih?
Tidak…
bukan begitu soalannya. Selama ini tidak pernah pun membuat pilihan,
melainkan segalanya diterima secara kebetulan. Islam warisan. Islam
yang turun dari emak ke anak, sebagaimana turunnya warna mata dan
kerinting rambut.
Tanpa
pernah memilih Islam, seorang Muslim mungkin menjadi musuh kepada
keIslamannya sendiri. Menjadi perosak kepada agama yang dimeterakan ke
pengenalan dirinya. Dia bukan sahaja gagal menikmati Islam yang
dianutinya, malah dia mungkin sampai menganggap racun keIslamannya
lantas meracuni orang lain dengan perbuatan-perbuatan nya yang
menyesatkan persepsi orang lain tentang erti Islam yang sebenar.
|
abuhabeeb writes "
Hari ini berapa haribulan? 30 Disember. Tahun Baru bila? Lusa, 1 Januari, hari Selasa.
Itulah jawapan-jawapan yang hampir pasti kita perolehi dari soalan-soalan tersebut.
Benarkah? Memang lah betul dari satu sudut. Sudut kebiasaan yang telah membudaya dalam kehidupan kita. Ya, kita. Maksud saya kita Melayu dan Islam.
Sebenarnya kita lupa (terlupa?) dan besar kemungkinan sememangnya kita tidak tahu untuk memberikan jawapan sebenarnya dari sudut kita. Ya, kita. Maksud saya kita Melayu dan Islam.
"
|
abuhabeeb writes "Apa yang boleh dilakukan oleh manusia sehingga menakutkan kita? Menggertak? Mengancam? Menganiaya? Menyiksa?
Apa yang kita takuti dari bencana yang berlaku di sekeliling kita? Ribut taufan? Banjir? Gempa bumi? Ranah runtuh? Tsunami?
Masih lagi lebih takutkan ugutan manusia berbanding ancaman Allah S.W.T. ...?
Masih lagi lebih takutkan kemarahan manusia berbanding kemurkaan Allah S.W.T ...?
Masih lagi lebih takutkan hukuman manusia berbanding balas siksa Allah S.W.T. ...?"
|
|
Larangan Menjadikan Bahagian Korban Sebagai Upah
|
|
Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Perlis
Menjelang musim hariraya kurban, maka peringatan-peringatan yang
berdasarkan kepada as-Sunnah perlu diulangi agar para pelaksanaannya
tidak melanggari batasan yang digariskan.
Seluruh para fuqaha bersependapat bahawa adalah haram hukumnya
daging sembelihan kurban(al-Adhiyah) itu dijual. Kata Ibn Rusy di dalam
Bidayah al-Mujtahid: “Pada pengetahuanku para ulama telah sepakat bahawa tidak diharuskan menjual daging kurban” (jld. 1, m.s. 703, cetakan Dar al-Khair, Beirut) Perkara ini telah diketahui oleh kebanyakan kita, namun ada yang
terlupa bahawa syarak juga menetapkan bahawa memberi daging kurban
kepada penyembelih atau pelapah atau sebagai sebagai upah dari kerja
yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli. Iaitu
menjual daging untuk membeli tenaga kerja. Larangan memberikan daging
atau selainnya sebagi upah kerja kepada penyembelih adalah termaktub
dalam hadith-hadith yang sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari dan
Muslim.
|
|
Teknologi bunuh budaya membaca?
|
|
Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaiza@hmetro.com.my
Ada yang berkata kebanjiran teknologi moden seperti Internet, video
dan televisyen menyebabkan remaja di seluruh dunia malas membaca.
Peperangan di antara keperluan akademik dan kemasyarakatan menyebabkan
wujud kecelaruan sehingga masyarakat seluruh dunia terutama generasi
muda enggan menjadikan amalan membaca cara hidup. Pakar
pendidikan juga buntu mencari penyelesaian untuk merangsang masyarakat
supaya minat membaca tetapi hasilnya masih mengecewakan.
|
|
Minbar Jumaat Yang Dikhianati
|
|
Oleh Abu Saif On December 14, 2007 @ 6:25 pm

Sheikh Hammam Said
“Ya hukkam al-’Arab, iftahoo al-Sujoon!!!”, Sheikh Hammam Said dengan suaranya yang padu menyampaikan khutbah Jumaat.
“Wahai
pemerintah-pemerintah Arab, bukakan pintu penjara!”, itulah seruannya
dalam khutbah tengah hari itu. Sheikh Hammam membantah tindakan Raja
Hussein memenjarakan ramai aktivis [1] Jabhah al-’Amal al-Islami di Jordan.
Saya
yang mendengar khutbah itu terasa seperti mahu terloncat bangun. Memang
ramai ahli jemaah di masjid yang berdiri. Kepanasan dan mendidih akibat
menerima tiupan semangat khutbah Sheikh Hammam Said, seorang pakar
‘illah dalam ilmu Hadith, pensyarah University of Jordan, pemimpin Jabhah al-’Amal al-Islami, Ahli Parlimen dan imam di [2] Masjid Abdul Rahman bin Auf di Sweileh… masjid yang diasaskan oleh al-Syahid Abdullah ‘Azzam lebih sedekad yang lalu.
|
|
hikayat 'PUTERI TAK DILINDUNGI BULAN'
|
|
abuhabeeb writes "Cerpen bertajuk 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan karangan penulis veteran, Dr Fatimah Busu telah tersiar dalam Berita Minggu baru-baru ini. Cerpen tersebut diserikan dengan rangkap-rangkap seumpama lagu rakyat terkenal 10 Budak Hitam disebalik kisahnya.
nota: Puteri Lindungan Bulan, sebuah cerita lisan Kedah Tua tentang seorang puteri keramat yang jadi rebutan Kerajaan Acheh. Dikatakan pusaranya sentiasa terlindung oleh cahaya bulan. "
|
|
Biodata Iblis, siapa di kalangan kita?
|
|
Azamin Amin
Fri | Dec 07, 07 | 10:17:21 am MYT
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Hrkh) - Sebagai renungan, mungkin ada baiknya umat Islam
menyelidiki sama ada dalam diri tiap-tiap individu mempunyai ciri-ciri yang dimiliki
oleh Iblis laknatullah yang mengingkari perintah Allah SWT.
Seandainya ada, hindari segera dan kiranya ada kaum kerabat, saudara mara dan rakan
taulan memiliki keperibadian dan sifat mahkluk Allah yang sesat itu, maka nasihatilah
dan cegahlah mereka, supaya mereka terselamat di dunia mahupun di akhirat kelak.
|
|
Rumah Terbengkalai, Bank Islam Tuntut Bayaran : Wajarkah ?
|
|
Jawapan Oleh : Zaharuddin Abd Rahman
Salam Ustaz,
Saya menghadapi masalah projek rumah terbangkalai. Umah sepatut siap
2003 sampai sekarang masih begitu. Saya ambil loan guna BBA. Ikut
perjanjian setelah 2 tahun saya kena ‘full montly payment'. Pada tahun
2006 saya minta kurang bayaran kerana projek masih terbangkalai.
Alhamdulillah pihak bank bersetuju tetapi hanya 2 tahun. Ini bermakna 2009 sekali lagi saya kena buat full monthly payment.
Lihat pada keadaan projek tersebut nampaknya tahun 2009 masih lagi tak siap. Pihak pemaju pun macam dah nak larikan diri.
Minta pandangan ustaz yang arif tentang kewangan Islam ni, apa hak atau patut saya lakukan.
Terima Kasih ustaz.
- Acek -
|
|
'Wartawan, marilah kita bersama-sama ke bar!'
|
|
LanH Harakahdaily
Mon | Dec 03, 07 | 3:45:57 pm MYT
"Yang hanya boleh dipercayai jadual (waktu) solat dan keputusan nombor
ekor," kata sahabat saya, seorang guru. Terkejut besar saya mendengar
dakwaan ini, tetapi itulah diucapkannya sebagai menyatakan kurang
senang dengan kandungan akhbar harian hari ini.
Seorang ustaz dalam ceramahnya pula berkata; "Daripada awak bazirkan
masa baca 'paper', lebih baik awak baca al-Quran, dapat pahala.
Kadang-kadang baca 'paper' ini mendatangkan dosa sebab banyak maksiat
dalamnya."
|
|  |
Administrator/Penasihat
Abu Urwah
ummu_urwah@yahoo.com
WebMaster
Abu Handzolah
mujaddid_82@yahoo.com

Pemb. WebMaster
abuakhfash
bathal7@yahoo.com
Pakar Rujuk
irfanrusdy
Moderator Forum
Abu_Daud As_Sufiani_As_syarif abuhabeeb iBNuZaCK
khair_assamahah PutriHanan Raudhotuz- Zahra syauqahwardah
Disebalik Tabir
-Belum ditetapkan-
|
We received 1151862 page views since Mei 2007
|
|
|