Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name.
Ahlan Wasahlan Wamarhaban ke laman TAMAN ILMU ISLAM .
Moga usaha yang sedikit ini akan berjaya dan mendapat ganjaran daripada ALLAH.
~JADIKAN TAMAN INI
SATU TAMAN DARI TAMAN-TAMAN SYURGA~
INFO DAN MAKLUMAT
1. Anda boleh hantar artikel di laman ini. Baca di [ sini ]
INFO SIARAN LANGSUNG
Siaran Tetap
1. Kuliah Pagi Jumaat oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila, Marang, Terengganu pada setiap Jumaat jam 8.45 pagi Malaysia (2.45 pagi Mesir) menerusi [ WebRadio S2 ] dan [ WebTV S2 ]
2. Kuliah Pagi Jumaat oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat & pengkuliah jemputan di Kelantan pada setiap hari Jumaat jam 8.30 pagi Malaysia (2.30 pagi Mesir), Insya Allah boleh diikuti menerusi [ KTV ]
Siaran Terkini
-Sila klik pada link-link yang diberikan untuk mengikuti siaran langsung berkenaan. -Siaran langsung berkenaan masih dalam peringkat percubaan, kami minta maaf jika berlaku kesulitan. -Kami mengalu-alukan jika ada sahabat yang ingin memberi maklumat berkenaan program-program ilmiah yang boleh diikuti secara online.
abuhabeeb writes " INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI ROJI'UN...
Mantan Mufti Kerajaan Selangor, Sohibus Samahah Dato' Haji Ishak Baharom telah kembali ke rahmatullah pada hari semalam 21 Muharram 1429 bersamaan 30 Januari 2008.
Al-Marhum bukan sahaja telah memahat nama sebagai antara mufti Di Malaysia yang paling menonjolkan peranannya, tetapi beliau adalah seorang 'alim di kalangan ulama' yang telah mencurahkan ilmunya dan da'ie di kalangan du'at yang bekerja membawa dan menyampaikan kebenaran agama Allah S.W.T.
Dalam banyak perkara,rakyat sebenarnya sering terkeliru dengan penjelasan kerajaan berkenaan bagaimana harga minyak tidak mungkin akan dapat diturunkan.Katanya,subsidi naik terlalu tinggi,wang Petronas boleh tidak boleh sekadar 'hangus' menjadi subsidi dan perlu dijadikan untuk pembangunan.Kita tidak pernah punya masalah jika benar-benar wang penjimatan subsidi pergi kepada pembangunan.Soalnya,rakyat boleh membandingkan sendiri pembangunan yang dicapai Pak Lah dalam 4 tahun pemerintahannya berbanding pembangunan yang dicipta TUn Dr Mahathir pada 4 tahun terakhir beliau ditampuk kuasa sedangkan ketika itu kesan kemelesetan ekonomi masih tinggi.
Teringat pada kata-kata (boleh dianggap peringatan) seorang teman "assolatu 'ala waqtiha", benar, bukan mudah untuk melaksanakan ibadah solat di awal waktu tetapi yang payah itulah selalunya terdapat banyak kelebihan. Kita selalu mengutamakan hal-hal keduniaan terlebih dahulu tanpa disedari yang hendak dibawa ke akhirat berciciran. Andai ada kerja sekolah yang perlu dibuat, pasti akan diusaikan terlebih dahulu kemudian baru mendirikan tiang agama...atau mungkin ada cerita yang menarik pasti akan bertangguh-tangguh solatnya hingga ke akhir waktu..atau mungkin telefon berdering di awal waktu solat, pasti kita terkejar-kejar menjawab panggilan teman berbanding menyahut panggilan Ilahi (kawan ni pun tak pandai menghormati waktu solat)..Pelik ye, kenapa kita sering memenuhi tuntutan dunia yang jelas tidak membawa apa-apa erti, risau juga tidak cukup hasil untuk kita menuai di akhirat kelak...
SYI'AH... hampir semua orang Islam pernah mendengarnya walaupun ramai yang pastinya tidak mengetahui tentang hakikatnya sebenarnya. Ada yang mudah mengaitkannya dengan Iran atau pemimpin-pemimpinnya seperti Ayatullah Khomeini yang menarik semua tumpuan dunia ketika itu ke negara yang disebut sebagai Parsi ini. Atau generasi hari ini yang lebih mengenali Mahmoud Ahmadinejad yang juga tegas dan lantang terhadap Barat, mewarisi kepimpinan Revolusi Iran terdahulu.
Teringat pada kata-kata (boleh dianggap peringatan) seorang teman "assolatu 'ala waqtiha", benar, bukan mudah untuk melaksanakan ibadah solat di awal waktu tetapi yang payah itulah selalunya terdapat banyak kelebihan. Kita selalu mengutamakan hal-hal keduniaan terlebih dahulu tanpa disedari yang hendak dibawa ke akhirat berciciran. Andai ada kerja sekolah yang perlu dibuat, pasti akan diusaikan terlebih dahulu kemudian baru mendirikan tiang agama...atau mungkin ada cerita yang menarik pasti akan bertangguh-tangguh solatnya hingga ke akhir waktu..atau mungkin telefon berdering di awal waktu solat, pasti kita terkejar-kejar menjawab panggilan teman berbanding menyahut panggilan Ilahi (kawan ni pun tak pandai menghormati waktu solat)..Pelik ye, kenapa kita sering memenuhi tuntutan dunia yang jelas tidak membawa apa-apa erti, risau juga tidak cukup hasil untuk kita menuai di akhirat kelak...
.....Adapun hadith: "Barangsiapa bercelak padanya nescaya dia tidak sakit mata pada tahun itu, dan sesiapa yang mandi padanya nescaya tidak jatuh sakit" adalah hadith Maudhu'. Al-Hakim menjelaskan bahawa bercelak padanya adalah bid'ah. Berkata Ibn al-Qayyim: Hadith bercelak, memasak biji-bijian, berminyak dan berwangi-wangian pada hari 'Asyura' adalah dari rekaan para pendusta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui indeks jenayah adalah tinggi dan membimbangkan dan sekaligus mengarahkan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah segera untuk menanganinya.
Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata, beliau tidak senang hati dengan indeks jenayah yang semakin tinggi terutama di beberapa tempat tertentu.
"Johor Bahru, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang telah mengalami peningkatan jenayah pada tahap membimbangkan, " katanya.
Agak susah nak mengenal pasti anak fulan mana atau fulanah mana?
Tapi tidak susah untuk memastikan mereka ini adalah anak-anak Melayu, anak-anak orang Islam dan anak-anak Malaysia.
Memang bercampur baur perasaan marah, geram, mual, takut dan sedih melihat gelagat mereka ini. Masa kan tidak? Mereka ini bukan 'orang lain' kepada kita. Fenomena ini bukan berlaku di New York, London, Hong Kong, Paris atau di mana-mana bandaraya Barat.
Ia berlaku pada malam Sambutan Tahun Baru Masehi 2008 serentak dengan Sambutan Perisytiharan Bandaraya Kuala Terengganu.
Ya! Di Terengganu Darul Iman. TERENGGANU BESTARI ISLAM HADHARI...!
Mari kita ucapkan "inna lillahi wa inna ilaihi roji'un".
"Apa erti saya menganut Islam?", tidakkah soalan itu soalan yang tidak patut ditanya?
Tidak
masuk akal untuk seseorang itu menjadi Muslim tetapi belum pernah
memikirkan erti keIslamannya. Memilih sesuatu tanpa mengetahui apa yang
dipilih?
Tidak…
bukan begitu soalannya. Selama ini tidak pernah pun membuat pilihan,
melainkan segalanya diterima secara kebetulan. Islam warisan. Islam
yang turun dari emak ke anak, sebagaimana turunnya warna mata dan
kerinting rambut.
Tanpa
pernah memilih Islam, seorang Muslim mungkin menjadi musuh kepada
keIslamannya sendiri. Menjadi perosak kepada agama yang dimeterakan ke
pengenalan dirinya. Dia bukan sahaja gagal menikmati Islam yang
dianutinya, malah dia mungkin sampai menganggap racun keIslamannya
lantas meracuni orang lain dengan perbuatan-perbuatan nya yang
menyesatkan persepsi orang lain tentang erti Islam yang sebenar.
Posted by aisaralex on Wednesday, January 02 @ 04:42:14 EST (2303 reads)
(Read More... | 16701 bytes more | 338 comments | Score: 0)
Hari ini berapa haribulan? 30 Disember. Tahun Baru bila? Lusa, 1 Januari, hari Selasa.
Itulah jawapan-jawapan yang hampir pasti kita perolehi dari soalan-soalan tersebut.
Benarkah? Memang lah betul dari satu sudut. Sudut kebiasaan yang telah membudaya dalam kehidupan kita. Ya, kita. Maksud saya kita Melayu dan Islam.
Sebenarnya kita lupa (terlupa?) dan besar kemungkinan sememangnya kita tidak tahu untuk memberikan jawapan sebenarnya dari sudut kita. Ya, kita. Maksud saya kita Melayu dan Islam.
Menjelang musim hariraya kurban, maka peringatan-peringatan yang
berdasarkan kepada as-Sunnah perlu diulangi agar para pelaksanaannya
tidak melanggari batasan yang digariskan.
Seluruh para fuqaha bersependapat bahawa adalah haram hukumnya
daging sembelihan kurban(al-Adhiyah) itu dijual. Kata Ibn Rusy di dalam
Bidayah al-Mujtahid: “Pada pengetahuanku para ulama telah sepakat bahawa tidak diharuskan menjual daging kurban” (jld. 1, m.s. 703, cetakan Dar al-Khair, Beirut)
Perkara ini telah diketahui oleh kebanyakan kita, namun ada yang
terlupa bahawa syarak juga menetapkan bahawa memberi daging kurban
kepada penyembelih atau pelapah atau sebagai sebagai upah dari kerja
yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli. Iaitu
menjual daging untuk membeli tenaga kerja. Larangan memberikan daging
atau selainnya sebagi upah kerja kepada penyembelih adalah termaktub
dalam hadith-hadith yang sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari dan
Muslim.
Ada yang berkata kebanjiran teknologi moden seperti Internet, video
dan televisyen menyebabkan remaja di seluruh dunia malas membaca.
Peperangan di antara keperluan akademik dan kemasyarakatan menyebabkan
wujud kecelaruan sehingga masyarakat seluruh dunia terutama generasi
muda enggan menjadikan amalan membaca cara hidup.
Pakar
pendidikan juga buntu mencari penyelesaian untuk merangsang masyarakat
supaya minat membaca tetapi hasilnya masih mengecewakan.
“Ya hukkam al-’Arab, iftahoo al-Sujoon!!!”, Sheikh Hammam Said dengan suaranya yang padu menyampaikan khutbah Jumaat.
“Wahai
pemerintah-pemerintah Arab, bukakan pintu penjara!”, itulah seruannya
dalam khutbah tengah hari itu. Sheikh Hammam membantah tindakan Raja
Hussein memenjarakan ramai aktivis [1] Jabhah al-’Amal al-Islami di Jordan.
Saya
yang mendengar khutbah itu terasa seperti mahu terloncat bangun. Memang
ramai ahli jemaah di masjid yang berdiri. Kepanasan dan mendidih akibat
menerima tiupan semangat khutbah Sheikh Hammam Said, seorang pakar
‘illah dalam ilmu Hadith, pensyarah University of Jordan, pemimpin Jabhah al-’Amal al-Islami, Ahli Parlimen dan imam di [2] Masjid Abdul Rahman bin Auf di Sweileh… masjid yang diasaskan oleh al-Syahid Abdullah ‘Azzam lebih sedekad yang lalu.
Posted by aisaralex on Saturday, December 15 @ 18:43:39 EST (2042 reads)
(Read More... | 17274 bytes more | 299 comments | Score: 0)
Rasa janggal pula setelah lama tidak menulis di dalam blog ini.Rasanya hampir 2 minggu (Entri Pendirian PAS tidak dikira kerana itu bersifat copy paste).Tidak banyak sebenarnya isu yang benar-benar menggoncangkan Malaysia kebelakangan ini melainkan isu Hindraf yang belum selesai dan digunakan untuk memburuk-burukkan keperibadian Datuk Seri Anwar (sila baca pendirian Anwar terhadap Hindraf).Isu terkini yang berlaku selain isu Amy Search mendekati gerakan islam PAS adalah penangkapan Mohd sabu,Naib Presiden PAS dan khabarnya juga Tian Chua atas perhimpunan BERSIH 10 November.Mungkin sahaja tangkapan dibuat bagi mengendurkan cadangan Perhimpunan BERSIH ke 2 pada 11 haribulan ini wal hal sudah dinyatakan ia tidak bersifat besar-besaran seperti bulan lalu.Seperti biasa,perhimpunan sekecilmanapun sedah cukup menggetarkan lutut mereka yang berada di ambang kuasa.